Artikel

Kenaikan Gaji Minimum, Berpotensi Beri Kesan Pada Pemulihan Ekonomi Malaysia – MEF

Ketidaktentuan ekonomi sejak Mac lalu – telah mengakibatkan penurunan prestasi yang drastik pada landskap perniagaan negara.

Sekitar RM18 bilion telah diperuntukkan pentadbiran untuk menampung bantuan dana subsidi upah kepada lebih 300,000 majikan bersama 2.4 juta pekerja.

Maka bagi memulihkan kembali aliran operasi – isu kenaikan gaji minimum dilihat mampu memberi kesan kepada aturan ekonomi Malaysia dan RMKe-12. Menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), pelbagai tindakan pengurangan kos telah dilaksanakan. Sekiranya dapat diperhatikan gaji penengah negara telah menurun kepada RM1,988 berbanding RM2,442 pada 2019.

Sementara gaji purata juga turut memaparkan penyusutan kepada RM2,933 pada tahun lalu.

Malaysia dilihat memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk memulihkan kembali ekonomi dan peluang pekerjaan negara. Keutamaan seharusnya terus diperluaskan kepada landskap perniagaan dan penawaran pekerjaan baharu.

Setelah itu, fokus semakan kenaikan gaji minimum wajar diteliti kembali. MEF menyifatkan sukar untuk cadangan tersebut dilakukan, rentetan situasi ekonomi semasa.