Artikel

Perniagaan Dari Rumah, Jadi Pilihan 51% Pengguna Asia Tenggara Berbelanja Pada Platform E-Dagang – VISA

Para pengguna mengalami perubahan tingkah laku perbelanjaan yang ketara – sejak kemunculan COVID-19 berlaku di seluruh dunia. Ini memberi kelebihan kepada platform e-dagang dan peniaga untuk berkarya, bagi membantu pertumbuhan kembali rancak.

Kelebihan yang dapat diperlihat ketika ini adalah rata-rata pengguna Asia Tenggara mula cenderung berbelanja pada perniagaan-dari-rumah dan produk tempatan.

Data ini dapat diperlihat pada tinjauan Visa – Kajian Pembayaran Pengguna 2021, di mana segmen perniagaan-dari-rumah menjadi pilihan para pengguna pada kitaran 51%, sementara produk tempatan pula di paras 48%.

Manakala pasaran atas talian skala besar pula menerima pilihan pembelian pada aras 52% oleh pengguna Asia Tenggara.

Selain itu, era ekonomi ketika ini telah mengakibatkan banyak Pengguna Asia Tenggara membeli-belah atas talian untuk pertama kalinya melalui;

  • Laman web atau aplikasi (43%)
  • Media sosial (35%)

Berdasarkan tinjauan juga – pemerkasaan nirtunai (tanpa tunai) telah membantu pertumbuhan Malaysia menjadi lebih cekap dan mudah. Secara puratanya penggunaan nirtunai di negara adalah pada anggaran 10.3 hari penggunaan. Data itu mendahului pemerkasaan di Singapura dan Indonesia.

Namun, pemerkasaan ini seharusnya disokong dengan kemajuan internet dan penggunaan peranti pintar secara meluas di Malaysia. Menerusi usaha sedemikian, VISA melihat pertumbuhan aliran tunai negara akan terus melonjak – ke arah pemulihan pasca-COVID-19.