Artikel

Mercedes-Benz Pilih Malaysia – Selaku Hab Rantaian Pusat Logistik Komponen, Pasaran Asia Pasifik

Kenderaan mewah milik Jerman ini telah mencapai persetujuan – untuk menampilkan Malaysia, selaku Pusat Logistik Komponen untuk pasaran serantau Asia Pasifik.

Perancangan itu akan mewujudkan kapasiti penyimpanan 1 juta kaki persegi dan turut dilengkapi dengan sistem pengendalian operasi laras tinggi bagi menjamin kualiti pembekalan komponen.

Melalui pemilihan ini, ia akan meningkatkan pertumbuhan logistik dan komponen automotif negara. Di mana, sebagai pusat pengedaran utama ia akan meningkatkan peluang pembangunan pekerjaan di Malaysia merangkumi kepakaran teknikal tempatan. Di samping memacu aliran pelaburan negara secara konsisten.

Berdasarkan kenyataan perancangan operasi ini akan bermula pada 2024 dan pembangunan akan dikendalikan oleh Tiong Nam Logistics Solutions kelak.