Artikel

Pulau Langkawi Kini Dibuka Kepada Pelancong Luar Negara, Mulai 15 November – PM Ismail Sabri

Selaku destinasi perintis gelembung pelancongan Malaysia – Pulau Langkawi tidak lama lagi akan membenarkan kemasukan pelancong antarabangsa, mulai 15 November ini.

Menurut Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri – keputusan itu telah dicapai berasaskan indikator dan kesepakatan Jawatankuasa Pengurusan Pandemik COVId-19 melalui cadangan yang diusulkan MOTAc – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Segala penetapan kriteria haruslah menepati aturan SOP yang telah ditetapkan negara, iaitu

  • Melengkapkan vaksinasi
  • Memenuhi tuntutan kuarantin kendiri
  • Laksana ujian saringan 72 jam sebelum berlepas
  • Memiliki nilai insurans minima AS$80,000
  • Kehadiran pelancong perlu menggunakan khidmat agensiĀ  MOTAC

Sekiranya didapati positif, para pelancong akan dibawa kepada pusat pengasingan untuk tujuan kuarantin. Untuk makluman, segala kos ujian dan aturan SOp adalah tertakluk di bawah tanggungjawab para pelancong luar negara.

Sementara itu bagi senarai negara yang terlibat pula- adalah tertakluk di bawah Jabatan Imigresen Malaysia, KKM dan Kementerian Luar Negeri.