Berdasarkan tinjauan MDEC- Malaysia Digital Economy Corporation pada International Data Corporation (IDC), pasaran data-raya (Big Data) dan analisis di Malaysia memiliki potensi untuk berkembang daripada AS$1.1 bilion pada 2021 kepada AS$1.9 bilion menjelang tahun 2025.
Maka bagi memperkasakan pemahaman digitalisasi negara, MDEC kini akan menganjurkan Minggu AI dan Data 2021 (AIDW 2021) bermula 25 Oktober kelak.
Pelaksanaan ini akan memberi pendedahan adaptasi dan integrasi kepada orang awam berkaitan Peranti Berhubung (IoT) serta Kecerdasan Buatan (AI). Ini secara langsung membantu penjelasan yang lebih ketara dan memacu pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.
Lebih menarik dapatan firma perunding global Kearney – turut memperlihatkan penerokaan AI berpotensi menambah AS$115 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2030 kelak.
Maka adanya pelaksanaan ini, ia akan membantu pemain industri untuk memahami keperluan dan kepentingan komponen ekonomi digital berlandaskan permintaan pasaran semasa.
Untuk makluman, anjuran ini akan dilaksanakan mulai 25 Oktober sehingga 29 Oktober kelak.