Artikel

Meskipun Berdepan Pelbagai Risiko – AirAsia Kekal Dinobatkan Selaku Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia 2021

Walaupun telah melalui fasa cabaran tertentu sejak tahun lalu, AirAsia kekal mengukuhkah kreadibilitinya selaku pemain penerbangan dengan dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia 2021.

Ini menjadikan pengiktirafan tersebut sebagai perakuan selama 5 tahun berturut-turut untuk AirAsia di World Travel Awards 2021, edisi ke 28.

Tidak hanya pengiktirafan tersebut, AirAsia turut dianugerahkan sebagai Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia bagi tahun ke-6.

Melalui pencapaian ini, ia akan membantu imej kumpulan dalam mengorak pemulihan pada perjalanan udara merangkumi domestik dan antarabangsa.

Ini termasuklah pengukuhan pada setiap aspek operasi, melitup penawaran di bawah Super App untuk memenuhi permintaan pengguna dari semasa ke semasa dan meningkatkan daya keselamatan susulan era COVID-19 ketika ini.