Artikel

PayPal Mempertimbangkan Pengambil-alihan Pinterest – Ke Arah Ruangan Dagangan Sosial?

PayPal kini dilaporkan dalam perbincangan akhir untuk pengambil-alihan Pinterest. PayPal dikatakan menawarkan sehingga $45 bilion untuk mengambil-alih perkhidmatan sosial Pinterest ini.

Bagi yang tidak mengenali akan Pinterest, ia menawarkan kebolehan untuk orang ramai menyimpan gambar, dan sebagainya untuk rujukan akan datang – serta berkongsi dengan rakan-rakan lain melaluinya.

Pengambil-alihan Pinterest ini mungkin membuka ruangan untuk PayPal menyertai arena dagangan sosial yang dijangka akan meningkat dalam masa terdekat.

Ini sekaligus akan memperluaskan lagi penawaran dan kebolehan untuk PayPal menjana pendapatan, serta mempelbagaikan penawaran perkhidmatan kewangan kepada pengguna.

Buat masa ini, kedua-dua pihak masih tidak mengeluarkan komen rasmi berkaitan laporan baharu ini.