Artikel

Grab Memperkenalkan Platform Membuka Kedai Atas-Talian – Alternatif Shopify

Grab kini telah memperkenalkan platform untuk membuka kedai-atas talian tersendiri, dinamakan GrabMerchant Commerce. Melaluinya, sesiapa sahaja boleh mendaftar dan membuka kedai edagang mereka tersendiri.

Grab mengatakan telah terdapat sekitar 500 pekedai yang menyertainya – terdiri daripada kedai pakaian, makanan, dan sebagainya. Pekedai juga turut boleh menerima bayaran terus melalui GrabPay, selain menghubungkan ia dengan pelbagai laman sosial.

GrabMerchant Commerce

Grab turut mengatakan mereka akan menambah sebuah ikon “Shopping” pada aplikasi Grab, sekaligus mengetengahkan pelbagai pekedai yang menggunakan platform edagang ini kepada jutaan pengguna Grab di Asia Tenggara.

GrabMerchant Commerce ini akan diperkenalkan di Malaysia pada 2022 kelak.