Setakat 1 September, pentadbiran negara kini telah membelanjakan sekitar RM4.64 bilion bagi kos perolehan vaksin, logistik untuk pembekalan vaksin COVID-19.
Tindakan itu telah melalui fasiliti COVID-19 Vaccine Global Access (COVAX) berserta rundingan dengan beberapa pengeluar. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 87.9 juta dos vaksin telah ditempat menerusi platform sedemikian.
Selain itu, pentadbiran negara turut menerima sumbangan bekalan daripada beberapa pihak luar seperti;
- Jepun dengan 998,400 dos vaksin AstraZeneca
- Amerika Syarikat dengan 1,000,350 dos vaksin Pfizer
- China dengan 500,000 dos vaksin Sinovac
- UK dengan 415,000 dos AstraZeneca
Pada masa yang sama, setakat ini kerajaan Malaysia masih melakukan rundingan untuk perolehan sumbangan vaksin daripada Kerajaan Singapura dan Arab Saudi.
Segala makluman kenyataan ini telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melalui jawapan lisan bagi persoalan yang dibangkitkan di sidang Dewan Negara.