Semakan semula struktur Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan dilakukan kerajaan bagi mengimbangi kembali keperluan ekonomi dan kos sara hidup semasa penjawat awam.
Menurut Datuk Dr Abd Latiff Ahmad Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)- penelitian ini akan mengambilkira beberapa aspek meliputi dasar semasa dan penetapan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 negara.
Manakala bagi usul berkaitan kenaikan gaji dan elaun melibatkan 1.6 juta penjawat awam hanya akan dipertimbang mengikut kedudukan kewangan semasa kerajaan sahaja.
Usul tersebut juga akan mengambilkira keseluruhan jumlah emolumen yang diterima oleh penjawat awam.
Setakat ini, terdapat agihan elaun khas diperuntukkan buat penjawat awam di bawah klasifikasi petugas barisan hadapan – di mana sekitar RM600 untuk pegawai perubatan, sementara RM200 bagi bahagian penjawat awam lain yang terlibat secara langsung dalam tangani COVID-19.