Artikel

Maybank Umum Taja Biasiswa Lebih RM3.8 Juta – Kepada 69 Pelajar

Seramai 69 pelajar bagi lanjutan pengajian sarjana di peringkat pendidikan awam dan swasta, kini menerima peruntukan tajaan biasiswa oleh Maybank.

Lebih RM3.8 juta kini diperuntukan di bawah Program Biasiswa Kumpulan Maybank pada tahun 2021. Agihan ini secara terus, seiring dengan gagasan Maybank untuk meningkatkan kualiti 1 juta isi rumah di seluruh ASEAN menjelang 2025.

Setakat ini, sejak 1970-an agihan biasiswa tersebut telah membantu memanfaatkan 2,000 pelajar tajaan.

Untuk makluman, penerima biasiswa yang melanjutkan pengajian di dalam negara akan berkhidmat bersama Maybank dalam tempoh 3 tahun. Sementara penerima biasiswa yang melanjutkan pengajian di luar negara pula akan berkhidmat bersama Maybank selama 5 tahun.