Artikel

Platform E-Dagang Sumbang RM163.3 Bilion Pada KDNK Malaysia – Melonjak 26.5%

Prestasi e-dagang Malaysia terus menunjukkan corak yang positif pada aliran pertumbuhan negara, telah meningkat 26.5% kepada RM163.3 bilion bagi nilai ditambah kasar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2020.

Catatan ini lebih tinggi berbanding tahun 2019, yang merekodkan nilai sumbangan sekitar RM129.2 bilion.

Pengamatan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaparkan prestasi tersebut telah disokong pada pemerkasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam ekonomi negara.

TMK telah menyumbang 3.1% pada platform e-dagang, sementara 8.4% lagi membabitkan sumbangan industri ekonomi lain.

Untuk makluman, sektor pembuatan kekal selaku pendorong utama pada sumbangan nilai ditambah kasar e-dagang dengan 54.5% iaitu membawa nilai RM89.1 bilion. Manakala sektor perkhidmatan pula menyumbang sekitar 41.7%.