Artikel

Airbnb Papar Lonjakan Permintaan Penginapan – Pulau Langkawi, Port Dickson Dan Melaka Antara Pilihan Ramai

Kelonggaran dan pembukaan gelembung pelancongan sejak September lalu, telah merancakkan kembali ruang pencarian penginapan pada aplikasi Airbnb.

Di mana peningkatan permintaan ini dipaparkan ketika pembukaan Langkawi selaku destinasi pelancongan perintis dengan 13 kali ganda, diikuti Port Dickson dengan 360% lonjakan serta Melaka meningkat 270% pencarian penginapan di aplikasi.

Prestasi ini nyata jauh lebih baik berdasarkan momentum pada 6 bulan lalu, berikutan sekatan dan had SOP tertentu yang perlu dipatuhi semua pihak.

Kini kenaikan data menunjukkan rakyat Malaysia bersedia memulihkan kembali pelancongan domestik negara. Menurut Pengurus Besar Airbnb Amanpreet Bajaj – pelbagai promosi menarik akan ditawarkan kepada orang awam, seiring dengan tagar #RaikanMalaysia. Ia bertujuan meningkatkan kembali kegiatan pelancongan negara, di samping membantu aliran perbelanjaan pertumbuhan.

Antara inisiatif yang diperkemaskan Airbnb di kala menerima kunjungan rakyat negara adalah memperkasakan protokol kebersihan untuk menjamin keselamatan mengikut aturan SOP.