MCGPI, Indeks Persaraan Global 2021 kini memaparkan kedudukan 43 sistem persaraan di peringkat dunia.
Pada pengamatan itu, meskipun Malaysia mengalami penurunan pada 2 indikator daripada 3 indikator keseluruhan tinjauan, negara kini duduki tangga ke-23 di paras global, sementara tempat ketiga dalam kalangan negara Asia.
Penurunan yang didapati adalah pada indikator kelestarian (sustainability) kepada 57.5 berbanding 58.6 pada 2020 dan indikator integriti (integrity) pula kepada 76.8 berbanding 78.0 pada 2020.
Sementara indikator kecukupan (adequacy) pula memaparkan peningkatan kepada 50.6, berbanding 2020 sekitar 50.1. Catatan ini secara keseluruhannya telah meletakkan mata negara di paras 59.6 mata.
Melihat pada data ini, sudah pasti input utama yang perlu diberi fokus oleh Malaysia adalah memantapkan daya integriti rakyat negara. Ini merangkumi kadar kepercayaan warganegara terhadap sistem persaraan mereka.
Susulan kadar jangka hayat Malaysia semakin tinggi, pentadbiran negara perlu menyokong pendapatan kelas terbawah – selain meningkatkan semula pembangunan pekerjaan untuk menurunkan kadar pengangguran.
Tidak hanya itu, jika Malaysia berupaya meningkatkan tahap simpanan isi rumah, serta mengurangkan paras hutang – ia akan membantu melonjakkan semula skor kecukupan dan kelestarian dan langkah itu akan memperkasakan sistem persaraan di Malaysia.
Untuk makluman, berdasarkan indeks ini Singapura kekal mendahului kedudukan sistem persaraan yang baik berbanding negara – manakala untuk keseluruhan, negara Asia masih ketinggalan pada paras persaraan dunia.
Iaitu sekadar mencatatkan purata mata 52.2, berbanding mata global di paras 61.0.