Artikel

Negara Sedia Teliti Pengiktirafan Sijil Vaksin – Melalui MySejahtera-Malaysia Dan PeduliLindungi-Indonesia

Malaysia melalui Menteri Luar Saifuddin Abdullah kini menyatakan ketersediaan negara untuk membincangkan diperingkat dasar bagi pengiktirafan sijil vaksinasi bersama Indonesia – menerusi aplikasi pemantauan negara iaitu MySejahtera (Malaysia) dan PeduliLindungi (Indonesia).

Melalui kerjasama tersebut, ia akan membuka ruang kepada kedua-dua negara merancakkan kembali arena ekonomi dan perdagangan 2 hala.

Tidak hanya itu, Malaysia juga turut menyatakan ketersediaan dalam melaksanakan gelempung perjalanan seperti Reciprocal Green Lane (RGL), Travel Corridor Arrangements (TCA) dan Vaccinated Travel Lane (VTL) kepada Indonesia pada pertemua 2 hala bersama Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi di Jakarta, hari ini (18 Oktober).

Bagaimanapun hasrat itu, buat masa ini masih tertumpu kepada perjalanan rasmi sahaja, merangkumi urusan perniagaan.

Pada perancangan selanjutnya, Malaysia-Indonesia turut dijangka akan memperluaskan kerjasama dalam sektor pendidikan, namun perkara tersebut hanya akan diperincikan dalam lawatan Perdana Menteri kelak.