Artikel

SKIDOO – Satu Lagi Perkhidmatan Penghantaran Di Kuala Lumpur, Fokus Harga Rendah

Terdapat beberapa perkhidmatan penghantaran di Malaysia pada hari ini, dan terbaru turut memasuki pasaran adalah SKIDOO.

SKIDOO hadir dengan penawaran penghantaran barangan menggunakan pelbagai jenis kenderaan, sekaligus menawarkan variasi bentuk penghantaran.

Antara yang diliputi adalah termasuk penghantaran untuk perniagaan, urusan perpindahan, penghantaran makanan, dan juga penghantaran bungkusan peribadi.

Dari segi kenderaan pula, SKIDOO menawarkan pilhan penghantaran menggunakan motosikal, kereta, trak, van, dan juga lori.

SKIDOO Kereta

SKIDOO turut mengatakan mereka menawarkan perkhidmatan dengan caj 40% lebih murah berbanding penghantaran lain di Malaysia, dan tanpa sebarang caj tersembunyi.

Buat masa ini, SKIDOO berpangkalan di Kuala Lumpur, dan menyasarkan untuk meluaskan penawaran ke seluruh Lembah Klang dalam beberapa bulan lagi.