Artikel

Sunway Mall Bakal Melancarkan Platform Edagang Tersendiri

Kumpulan Sunway sedia mempunyai sejumlah pasaraya besar dibawah mereka, terasuk antaranya adalah Sunway Pyramid, Sunway Putra Mall, Sunway Giza, Sunway Velocity Mall dan beberapa yang lain.

Kini, selain daripada penawaran fizikal, Sunway Mall turut dalam persediaan untuk melancarkan platform edagang tersendiri, dinamakan Sunway eMall.

Ia akan menghimpunkan sejumlah jenama besar yang sedia boleh dilawati secara fizikal, dan kini memudahkan pengguna membelinya terus daripada skrin peranti mudah-alih masing-masing.

Pengenalan Sunway eMall ini juga membolehkan mereka mencapai lebih ramai pelanggan – terutamanya dilokasi yang sukar mereka hadirkan diri ke lokasi fizikal.

Langkah ini turut memastikan Sunway bersedia dengan landskap yang berubah pada masa kini, dimana orang ramai lebih selesa membeli belah secara atas-talian.

Melalui laman rasmi Sunway eMall, platform edagang baharu ini dijangka dilancarkan pada 27 Oktober 2021 ini.