Artikel

Harga Minyak Kini Capai Paras Tertinggi – Permintaan Meningkat Pada Penggunaan Bahan Api

Paras harga minyak kini cecah tahap tertinggi sejak Oktober 2014 dan 2018, pada hari ini (18 Oktober).

Menurut pengamatan ANZ – pasaran minyak telah dirangsan semula susulan kelonggaran langkah sekatan COVID-19, ini berpotensi membantu pemulihan penggunaan bahan api global.

Di mana berdasarkan data – minyak mentah Brent kini meningkat pada nilai AS$0.87 atau 1% kepada AS$85.73 bagi setiap tong, ia tertinggi sejak Oktober 2018. Manakala, niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Interediate (WTI) pula naik AS$1.12 atau 1.4% kepada AS$83.40 setong, ia tertinggi sejak Oktober 2014.

Data tersebut juga menunjukkan peningkatan 3% bagi kedua-dua kontrak pada minggu lalu.

Tidak hanya itu, pasaran minyak pesawat turut akan dipacu rentetan pembukaan sempadan di peringkat AS dan Asia. Malah, peralihan dari penggunaan gas dan arang batu kepada bahan api serta diesel turut akan meningkatkan pemintaan pasaran pada suku keempat 2021 kelak.

Iaitu keperluan 450,000 tong setiap hari.