Berikutan peningkatan kadar vaksinasi yang kini cecah paras 97% dalam kalangan pelajar Tingkatan 5. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini teliti pertimbangan untuk kemasukan pelajar tanpa sistem penggiliran.
Tindakan tersebut akan dimulakan dengan pelajar peperiksaan utama seperti SPM dan STPM.
Seperti yang umum ketahui, kaedah sistem penggiliran adalah untuk memberi ruang kepada semua pihak mematuhi SOP dan mengehadkan kapasiti sesebuah kumpulan dalam satu tempoh.
Bagaimanapun, aliran vaksinasi yang baik diperlihatkan berupaya menamatkan sistem penggiliran dalam kalangan kumpulan tertentu.
Tatkala pertimbangan tersebut masih diteliti, buat masa ini sistem penggiliran berjalan lancar mengikut penjadualan. Termasuklah pelaksanaan PdPR yang masih dijalankan bagi yang tidak hadir ke sekolah secara bersemuka.
Setakat ini seramai 339,951 pelajar yang layak telah hadir ke sekolah, bagi yang berada di Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Antaranya Negeri Sembilan, Labuan dan Langkawi bermula 17 Oktober.