Touch ‘n Go eWallet, penyedia dompet digital negara kini telah menampilkan sokongan pemindahan dana bersama DuitNow kepada para pengguna.
Ciri ini telah mula diperlihatkan sejak akhir Ogos lalu, dan kini ia telah dilancarkan dengan penambahbaikan pada aplikasi dompet digital.
Penawaran ciri ini membolehkan para pengguna untuk memindahkan wang tunai pada aplikasi dengan memasukkan ID DuitNow dari mana-mana perbankan atas talian atau nombor akaun TNG eWallet.
Ini bermakna proses transaksi akan berlaku secara terus, tanpa memerlukan pengguna melakukan pemindahan kepada lebih 30 akaun perbankan yang terlibat.
Untuk lebih memudahkan pengguna, ini langkah yang perlu dilakukan pengguna ketika mengaktifkan ciri DuitNow pada TNG eWallet;
Melalui pelancaran ini, ia akan meningkatkan lebih banyak penembusan TNG eWallet pada ekosisten perkhidmatan kewangan – di samping menaiktarafkan perkhidmatan nilai tambah mereka.