Artikel

Harga Lantai Ibadah Umrah Kini Di Paras RM6,900 – Alami Peningkatan Kos Susulan COVID-19

Selaras dengan perkembangan semasa, pihak pentadbiran Malaysia kini mencapai persetujuan – bagi penetapan harga lantai ibadah umrah selama 12 hari 10 malam di paras RM6,900.

Untuk makluman, kali terakhir penetapan kadar lantai Umrah Ini dilakukan adalah pada tahun 2017 iaitu di paras RM4,900. Bagaimanapun, susulan penyelarasan keselamatan dan aturan SOP – peningkatan kos perlu dilaksanakan pihak Arab Saudi.

Antara faktor yang mendorong peningkatan kos adalah:

  • Bilangan kapasiti di tempat penginapan hotel
  • Kapasiti pengangkutan kurang 50% dari jumlah sebenar
  • Pengurusan mutawif
  • Ujian saringan COVID-19

Namun pihak pentadbiran memaklumkan, penetapan harga lantai ini akan alami perubahan setelah wabak COVID-19 tamat dan situasi kembali normal tanpa memerlukan penetapan aturan tertentu.

Seperti yang umum ketahui, pada 15 Oktober lalu Kerajaan telah membenarkan perjalanan ke luar negara melalui pengerjaan ibadah umrah bermula 18 Oktober ini.