Mulai 18 Okotber ini, negeri Melaka dan Lembah Klang iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor akan mula beralih ke Fasa 4. Sementara negeri Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pula beralih ke Fasa 3 – di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Makluman ini telah dicapai berasaskan indikator yang telah ditetapkan di bawah PPN. Di mana merangkumi kadar kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan katil unit ICU dan peratusan kelengkapan vaksinasi penduduk negeri.
Untuk makluman, ini perincian terkini peralihan negeri mengikut Fasa di bawah PPN;
Fasa 4 PPN
- Labuan
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Selangor
- Melaka
Fasa 3 PPN
- Perlis
- Sarawak
- Johor
- Terengganu
- Perak
- Kelantan
- Pulau Pinang
- Sabah
- Kedah