Artikel

Setelah Membayar Cukai – Ke Manakah Wang Anda Dibelanjakan?

Setiap suku tahun kedua di Malaysia – seperti kebiasaan sudah menjadi tumpuan para pekerja untuk melaksanakan pendaftaran dan pembayaran cukai pendapatan di negara.

Pada tempoh tersebut, setiap pekerja yang memiliki pendapatan penggajian tahunan pada kitaran RM34,000 setahun – perlu melunaskan tanggungjawab cukai pendapatan mereka.

Melihat pada tuntutan itu, pasti terdapat persoalan berhubung saluran aliran wang cukai yang dibelanjakan.

Menurut data Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, setiap tahun lebih 43% kutipan cukai pendapatan akan disumbangkan kepada bahagian tertentu dalam pembangunan negara.

Antaranya meliputi membiayai kemudahan di bawah insiatif bantuan ekonomi nasional seperti;

  • PRIHATIN, PERMAI, PENJANA, PPN – Pelan Pemulihan Negara
  • Bantuan Khas; Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Geran Khas Prihatin (GKP), Bantuan Khas COVID-19 (BKC)
  • Program Khas Kerajaan; Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)
  • PEMULIH

Manakala bagi sektor yang terlibat pada penerimaan aliran cukai, adalah;

  • Pertanian
  • Kesihatan
  • Kebajikan
  • Kesejahteraan
  • Ekonomi
  • Keselamatan
  • Perindustrian
  • Pendidikan
  • Pengangkutan Awam
  • Pembangunan