Artikel

Pavilion Bukit Jalil Akan Mula Dibuka – Mulai Awal Disember Ini

Memiliki kapasiti ruang runcit seluas 1.8 juta kaki persegi – Pavilion Bukit Jalil dijangka akan tampil selaku pusat membeli-belah gaya hidup bersepadu yang terbesar di koridor selatan, Kuala Lumpur.

Sebagai sebahagian daripada pelan indusk Bukit Jalil City, perancangan pusat membeli-belah ini dilaporkan bakal menerima kunjungan orang awam mulai 3 Disember kelak – seiring dengan sambutan festival akhir tahun ini.

Melalui pembukaan Pavilion Bukit Jalil ini, ia turut akan menampilkan penyertaan beberapa jenama runcit luar negara yang akan membantu pasaran negara lebih terbuka.

Ia akan menampilkan pelbagai acuan produk yang berasaskan konsep dari peruncitan negara Asia – seperti Korea, Jepun, Taiwan, China, Thailand dan Malaysia.

Setakat Oktober, lebih daripada 1 juta kaki persegi segi ruang peruncitan telah menerima jaminan kemasukan premis. Sementara itu, ruang seluar 400,000 kaki persegi pula ketika ini masih dalam rundingan bagi fasa akhir bersama pihak berkaitan.

Ini secara tidak langsung memaparkan ketersediaan pusat membeli-belah tersebut dalam tempoh terdekat.