Artikel

Malaysia Kini Teliti Kebenaran Kemasukan Pekerja Asing Bagi Sektor Tertentu

Penelitian berhubung kemasukan pekerja asing ke sektor ekonomi tertentu kini sedang dipertimbangkan oleh pentadbiran negara.

Berikutan kekurangan tenaga kerja dalam sektor ekonomi, tindakan ini perlu diperincikan demi pemulihan pertumbuhan. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) langkah ini berupaya membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dalam meyeimbangkan kembali kapasiti operasi.

Terdapat dua pilihan, sama ada rakyat tempatan mengisi kekosongan sedemikian atau membenarkan kemasukan pekerja asing melalui kriteria tertentu.

Setakat ini, sektor perladangan memaparkan tahap ketirisan yang tinggi pada kapasiti tenaga kerja.

Seperti yang semua pihak ketahui, ketika ini proses pengambilan pekerja asing merangkumi khidmat pembantu rumah dibekukan dan telah dilanjutkan sehingga Disember kelak. Bagaimanapun menerusi kajian itu, berkemungkinan terdapat perubahan pada arahan semasa.