Artikel

FWD Takaful Lancar Permainan Mudah Alih, Komuniti Kita – Bantu Didik Pengguna Urus Kewangan

Pembangunan permainan mudah alih atau permua – kini tidak lagi hanya tertumpu kepada hiburan semata-mata, namun telah mula diperluas untuk memberi didikan dan pengajaran dalam permainan.

Mengambil peluang ini, FWD Takaful kini melancarkan permua – Komuniti Kita pada paparan pengguna. Bagi lebih memahami pengurusan kewangan, dan kepentingan disebalik pengurusan takaful.

Untuk makluman, tema utama Komuniti Kita adalah memupuk nilai saling membantu dan penekanan masyarakat penyayang terhadap para pemain. Permainan ini tidak memiliki had umur, ia tersedia semua peringkat golongan dan latar belakang.

Memiliki latarbelakang abad-21 – Komuniti Kita memaparkan karakter graduan universiti yang mempunyai matlamat untuk mengendali pengurusan kewangan. Apa yang menarik, pada tema permainan ini ia menggunakan latarbelakang di Malaysia seperti bandar Kuala Lumpur dan penempatan perkampungan tradisional.

Menurut Ketua Pegawai Strategi dan Pengedaran Digital FWD Takaful, Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi – kesedaran ini wajar diterapkan dalam landskap permua, susulan ramai anak muda yang terdedah akan minat tersebut.

Ini akan membantu mereka memahami komitmen disebalik perlindungan takaful dan kepentingan keselamatan kewangan.

Menerusi Komuniti Kita – FWD Takaful menyasarkan ia menjadi pencetus kepada pembaharuan dalam didikan krisis kewangan negara. Antara elemen yang akan diperolehi pemain pada permainan ini adalah;

  • Menyelesaikan masalah masyarakat dan mengatasi halangan dengan menyelesaikan tugas
  • Mengumpul duit syiling bagi mencapai matlamat kewangan setiap karakter
  • Belajar fakta menarik tentang takaful menerusi soalan kuiz
  • Perolehan skor tinggi peribadi dan komuniti di papan permainan

Untuk menikmati dan mengetahui lanjut berhubung didikan pengurusan kewangan melalui permainan mudah alih ini, para pengguna boleh melayari FWD Takaful Komuniti Kita dan memuat turun aplikasi permainan di Google Play Store atau App Store.