Seperti yang dimaklumkan pada 13 Oktober (semalam) – para peminjam di bawah kelompok B50 kini boleh membuat permohonan bantuan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS), bermula 15 November sehingga 31 Januari 2022.
B50, atau kumpulan 50% terendah negara adalah individu yang berpendapatan kasar kurang dari RM5,880 sebulan. Sekiranya dilihat pada carta pengelasan kelas pendapatan isi rumah Malaysia, kumpulan peminjam ini terdiri daripada;
B40
- B1 – Kurang daripada RM2,500
- B2 – RM2,501 – RM3,170
- B3 – RM3,171 – RM3,970
- B4 – RM3,971 – RM4,850
M40
- M1 – RM4,851 – RM5,880
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), permohonan tersebut dapat dilakukan menerusi talian pada mana-mana perbankan yang berkaitan.
Untuk makluman, ini kriteria kumpulan B50 yang layak memohon;
- Sudah berada di bawah program bayaran balik pinjaman sedia ada – Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, PEMERKASa PLUS, PEMULIH, program penjadualan/penstrukturan semula yang ditawarkan oleh perbankan tertentu
- Memiliki pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880
- Memiliki pinjaman, pembiayaan yang tidak tertunggak meebihi 90 hari dari tarikh yang dibuat
- Mengalami kesan kehilangan pekerjaan serta pendapatan sekurang-kurangnya potongan 50%
Di bawah URUS, golongan B50 akan menerima faedah seperti berikut;
- Pengecualian faedah selama 3 bulan
- Penangguhan bayaran atau pengurangan bayaran ansuran untuk menguruskan hutang mengikut kemampuan individu
- Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat bagi membantu pengurusan kewangan
Bagi bimbingan lanjut, orang awam boleh layari pada pautan BNM URUS.