Artikel

FGV Sedia Rancakkan Pasaran Beras Wangi Tempatan – Melalui Amalan Pertanian Pintar

FGV Holding Berhad (FGV) menerusi anak syarikatnya FGVIF – Integrated Farming Holdings Sdn Bhd kini bersedia memperkasakan pasaran beras wangi tempatan dengan sokongan teknologi pintar.

Sasaran ini ingin terus diperluaskan, susulan kejayaan pelaksanaan Beras Wangi Fortified Field (3FR) di bawah FGVIF yang berperanan mengoptimumkan penanaman padi menggunakan teknologi padi pintar tempatan. Melalui keupayaan dan sumber ini – ia berupaya menyaingi piawaian pasaran bersama beras import Thailand.

Wujudnya inisiatif ini, ia merancakkan lagi daya pengeluaran dan meningkatkan kualiti hasil beras wangi tempatan. Setakat ini, kaedah tersebut berjaya meningkatkan pengeluaran kepada 7 tan hektar.

Lebih menarik, penyertaan teknologi turut memberi tambah-nilai pada pendapatan pesawah padi sehingga RM13,300 sehektar, berbanding sebelum ini pulangan RM6,240 sehektar.

Untuk makluman, berdasarkan perancangan kumpulan FGV menjangkakan perolehan 3.5% penguasaan beras wangi tempatan dapat dicapai menjelang tahun 2025 – di bawah jenama SAJI. Seterusnya, perkembangan kawasan penanaman padi wangi kepada 10,000 hektar turut ingin dilaksanakan dalam tempoh yang sama.

Terdapat beberapa komponen teknologi yang diterapkan di bawah 3FR ini iaitu peranti berhubung (IoT), amalan pertanian pintar, penggunaan dron, pemantauan nutrisi tanaman serta penyelidikan berkala.