Artikel

Golongan B50 Malaysia Kini Terima Manfaat URUS – Pengecualian Faedah Pinjaman Selama 3 Bulan

Dalam tempoh terdekat, sektor perbankan negara akan melaksanakaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) bagi tujuan membantu peminjam dalam kalangan golongan B50 negara.

B50, atau kumpulan 50% terendah negara adalah individu yang berpendapatan kasar kurang dari RM5,880 sebulan. Sekiranya dilihat pada carta pengelasan kelas pendapatan isi rumah Malaysia, kumpulan peminjam ini terdiri daripada;

B40

  • B1 – Kurang daripada RM2,500
  • B2 – RM2,501 – RM3,170
  • B3 – RM3,171 – RM3,970
  • B4 – RM3,971 – RM4,850

M40

  • M1 – RM4,851 – RM5,880

Buat pengetahuan umum, URUS dirangka berdasarkan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta sektor perbankan negara. Ia meliputi penawaran seperti berikut;

  • Pengecualian faedah sepanjang 3 bulan
  • Pengurangan bayaran ansuran bagi tempoh sehingga 24 bulan bersama pengurangan kadar faedah
  • Pinjaman atau Pembiayaan dan Kad Kredit tanpa jaminan turut memiliki pengurangan kadar faedah

Maka adanya pelaksanaan ini dalam masa terdekat, Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri melihat ia berupaya menyokong aliran pembayaran semula B50 – seiring dengan pemulihan ekonomi negara, faedah ini dapat mengatur pengurusan kewangan masyarakat.