Artikel

Isu Kekurangan Bekalan Cip – Jejas Pengeluaran iPhone 13 Di Pasaran

Apple, syarikat gergasi teknologi dunia kini harus mengurangkan pengeluaran peranti pintar iPhone 13 di pasaran. Tindakan itu didasari faktor proses pembekalan cip yang terjejas – yang telah berlaku sejak setahun yang lalu.

Kekurangan komponen menjadikan kegagalan buat pembekal cip Broadcom dan Texas Instruments, tidak dapat memenuhi permintaan pasaran.

Laporan Bloomberg turut memaklumkan – situasi tersebut telah mengakibatkan pengeluaran telefon pintar menyusut sekitar 10 juta unit bagi tahun ini, 2021.

Buat masa ini, pihak Apple akan memperincikan kedudukan semasa pasaran Apple 13 pada sesi pengumuman pendapatannya, akhir Oktober kelak.