Artikel

Belanjawan Sarawak 2022 – Sedia Skim Bantuan Deposit Perumahan Sehingga RM10,000 Kepada B40, M40

Tumpuan Sarawak pada pembangunan negeri menjelang 2022 – adalah terarah kepada kesan yang dialami rakyat negeri, susulan pandemik COVID-19.

Oleh itu, Sarawak kini memaklumkan Belanjawan 2022 negeri tersebut akan merangkumi nilai RM10.136 bilion. Anggaran ini hasil tinjauan pentadbiran negeri berpaksikan prestasi ekonomi global, domestik dan ramalan di tahun hadapan.

Ini antara penyelarasan perbelanjaan di bawah Belanjawan Sarawak 2022;

  • Skim Bantuan Deposit Perumahan B40, M40 – sehingga RM10,000
  • Bantuan Khas Srawakku Sayang (BKSS) 8.0 – RM285.47 juta ; meliputi potongan bil elektrik serta agihan RM500 one-off kepada pengusaha bot penambang, pemandu teksi dan pemandu bas serta van sekolah
  • Penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji

Menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg – kepentingan kerajaan negeri adalah memulakan dasar pengembangan fiskal untuk merangsang semula produktiviti dan sumber ekonomi negeri.

Aturan ini akan membantu rakyat dan perniagaan Sarawak kembali pulih, setelah menanggung kerugiaan yang besar berikutan sekatan dan kawalan peringkat negara serta global.

Melalui kelulusan Belanjawan Negeri Sarawak 2022 bersama persetujuan Majlis Kerajaan Negeri pada 11 Oktober lalu – ia akan membantu strategi negeri pada agihan bantuan selanjutnya.