Bermula Mac 2020, rakyat Malaysia mula mengalami pelbagai peraturan sekatan secara berkala – iaitu penetapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tindakan ini secara langsung telah menyebabkan berlakunya krisis kewangan kepada sebahagian rakyat negara.
Melalui tinjauan Gardenia KL bersama CILISOS Media dalam pengamatan Rakyat Malaysia Menyelusuri PKP, sekitar 41.1% daripada 1,029 responden telah menerima kesan negatif mendorong kepada krisis kewangan, ini antara pecahannya;
- Pendapatan mengalami penyusutan kurang daripada 50% – melibatkan 20.5% responden
- Kehilangan pendapatan – melibatkan 11.1% responden
- Pendapatan mengalami penyusutan lebih daripada 50% – melibatkan 9.5% responden
Apabila berlakunya krisis kewangan, sudah pasti ini akan mendorong kepada isu tekanan mental dalam kalangan responden. Di bawah segmen kesedaran kesihatan mental Gardenia KL bersama MIASA, memaparkan punca utama tekanan yang dilalui oleh responden adalah;
- 42.1% – Kewangan
- 33.3% – Bekerja Dari Rumah
- 29.8% – Konflik Dalaman
Melalui segmen kesihatan mental ini, turut diperincikan sekitar 5% responden memiliki hasrat untuk melakukan tindakan bunuh diri, sementara 2.4% responden telah mencederakan diri sendiri.
Situasi tekanan ini, sudah pasti sukar untuk diatasi – terutama apabila orang awam terpaksa mengehadkan perjalanan mereka ketika tempoh sekatan sedang berkuat kuasa. Meskipun ia masih di bawah kesedaran individu, namun tekanan yang tinggi berpotensi mengawal tingkahlaku mereka.
Melihat pada situasi ini, antara punca yang boleh menyokong kecenderungan tekanan selain memiliki krisis kewangan – adalah keperluan orang awam untuk Bekerja Dari Rumah. Di mana pada input ini – Gardenia mendapati tiada keseimbangan dalam rutin kehidupan dengan rutin pekerjaan.
- 26.5% responden memaklumkan mereka berkerja melebihi masa
- 23.8% responden pula menyatakan tempoh bekerja adalah sama dan memiliki waktu rehat yang panjang
- 16.4% responden menyatakan tempoh bekerja tidak berubah
- 13.2% responden berkerja dalam tempoh kurang daripada ketetapan asal
- 20.1% responden pula menyatakan mereka tiada kerja
Secara keseluruhannya, walaupun tempoh sekatan telah mula dilonggarkan oleh pentadbiran Malaysia – kesan yang dialami oleh rakyat negara akan terus kekal pada jangka masa yang lebih lama. Maka, pelbagai tindakan dan usaha pemulihan perlu diterapkan untuk membantu rakyat negara – mengembalikan posisi kewangan pada tahap yang lebih baik.