Artikel

R&R Seremban PLUS Akan Dinaik-Taraf – Tampil Serba Baharu Bersama Pelbagai Kemudahan

Tidak lama lagi, perhentian R&R Seremban (Arah Selatan) di KM274.6 Lebuhraya Utara-Selatan akan alami perubahan tampil menjadi kompleks yang memiliki pelbagai kemudahan untuk para pengguna.

Projek menaik-taraf bernilai lebih RM30 juta ini menurut Christine Liew, Ketua Pegawai Komersial PLUS telah dibentuk sekian lama, tetapi mengalami penangguhan susulan pandemik COVID-19 yang melanda di negara.

But pengetahuan semua pihak, pelaksanaan ini telah dimaklumkan sejak 15 Feberuari 2019 lagi. Di mana ketika itu PLUS merancang untuk melakukan perubahan sekurang-kurangnya 5 lokasi R&R PLUS di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dalam beberapa tahun kelak.

Kini melalui gerak kerja yang akan bermula pada 13 Oktober ini – perubahan R&R Seremban akan memperlihatkan kapasiti yang lebih berganda pada ruang rehat untuk orang awam. Pada masa yang sama, kepelbagaian pilihan makanan dan tempat letak kereta juga turut diperluaskan. Ini seiring dengan matlamat infrastruktur PLUS untuk menerapkan daya lestari pada pembangunan di negara.

Berdasarkan sasaran – projek menaik-taraf ini dijangka dapat diselesaikan pada akhir Disember 2021 kelak.

Bagaimanapun orang awam usah bimbang, kemudahan sementara seperti keperluan tandas, bahagian makanan dan stesen minyak masih tersedia untuk kegunaan semua pihak.