Artikel

Had Statutori Hutang Negara Kini Dinaikkan – Kepada 65%

Setelah menyusuri perbahasan bersama lebih 30 Ahli Parlimen, usul tersebut kini telah mendapat sokongan sebulat suara pada sidang parlimen Dewan Rakyat semalam (11 Oktober).

Pindaan ini meliputi Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2021, bagi membolehkan tambahan dana Kumpulan Wang COVID-19 (KWC-19) sebanyak RM45 billion.

Penetapan kepada had 65% ini adalah bertujuan untuk beri ruang kepada pemulihan negara, menyokong pentadbiran meneruskan pembiayaan bantuan kepada rakyat dan ekosistem perniagaan Malaysia.

Tengku Zafrul, Menteri Kewangan (MoF) turut menegaskan keperluan mengawal perbelanjaan dan memastikan sasaran pengurangan defisit fiskal dapat dicapai, seperti mana yang tergaris dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).