Artikel

KPKT Rancang Bina 7,448 Unit Rumah Transit Belia – Atasi Isu Harga Rumah, Kadar Sewa Tinggi

Perancangan ini akan memberi keutamaan kepada golongan yang berusia di bawah 30 tahun, di mana golongan muda ini boleh menggunakan faedah untuk menetap pada jangka masa 2 tahun, di samping mengukuhkan paras kewangan mereka.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan pembinaan Rumah Transit Belia (RTB) ini akan merangkumi pembangunan di Mukim Batu, Kuala Lumpur (1,448 unit) dan Rawang, Selangor (6,000 unit).

Sementara bagi golongan belia yang berusia lebih 30 tahun pula akan melalui proses pertimbangan pada permohonan. Namun ia hanya akan diluluskan, sekiranya terdapat kekosongan.