Berbelanja secara atas talian sememangnya memudahkan orang awam untuk melakukan pembelian, tanpa perlu sentuhan fizikal mahupun bayaran secara manual. Akan tetapi cara pembelian ini, memiliki risikonya tersendiri. Data Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat Jun 2021, sekitar 23,011 kes melibatkan pengguna terdedah kepada skim penipuan serta menjejaskan keselamatan peribadi mereka. Jumlah kes itu ternyata membawa kerugian sehingga mencecah RM114.5 juta.
GrabPay, selaku penyedia perkhidmatan dompet digital di Malaysia, melihat ini adalah peranan utama mereka untuk menawarkan pengguna ciri keselamatan pembayaran tanpa sebarang kegusaran. Ia merangkumi pelindungian kerahsiaan berhubung data serta maklumat pengguna, dalam setiap khidmat kewangan platform mereka.
Ciri Pengesahan 2FA Terus Diperkasa – Bantu Pengguna Dilindungi Daripada Penggodam
Intipati yang penting dalam setiap penawaran ciri keselamatan sesebuah aplikasi adalah, sentiasa menaik-tarafkan sistem yang tersedia. Seiring dengan langkah itu, GrabPay kini memantapkan Ciri Pengesahan 2FA atau dikenali sebagai Pengesahan Dua-Faktor kepada pengguna.
Grab Malaysia melihat langkah itu bertepatan dengan kadar kenaikan pembayaran digital di Malaysia ketika ini. Di mana, sekitar 62% pengguna kini memilih dompet digital – sementara 52% pengguna pula memilih kaedah pembayaran digital secara masa-nyata.
Pada penggunaan GrabPay, ciri ini memerlukan semua pengguna mencipta 6-digit Grab PIN dan seterusnya memiliki pilihan untuk mengaktifkan pengesahan tambahan biometrik melalui cap jari atau pengenalan wajah (Face ID).
Buat pengetahuan pengguna, ciri ini penting pada lapisan keselamatan aplikasi – ia akan bertindak menyukarkan kegiatan penggodaman data peribadi. Pemerkasaan ciri keselamatan ini berupaya mengurangkan tahap penipuan, kehilangan data serta kecurian identiti secara drastik.
Sokongan Enjin Pengesanan Pemalsuan Data 24/7 – Elak Pengguna Terlibat Dalam Transaksi Yang Tidak Sah
Tatkala menggunakan dompet digital GrabPay ini, pengguna tidak perlu gusar akan sistem sokongan ciri keselamatannya. Ini kerana, ia dilindungi dengan Enjin Pengesanan Pemalsuan Data dalam tempoh 24 jam.
Itu bermakna, pemantauan setiap transaksi pengguna akan dikesan secara aktif – di mana GrabPay akan menafikan sebarang transaksi yang tidak benar mahupun tidak sah berlaku di bawah pengetahuan pengguna.
Secara langsung ia tidak akan menganggu sebarang dana yang terdapat pada dompet digital pengguna.
Memelihara Privasi Pengguna – Adalah Keutamaan Polisi GrabPay
Dalam memastikan jaminan privasi pengguna terus terpelihara – segala maklumat peribadi membabitkan transaksi mahupun penggunaan kad kredit pada GrabPay, ia sama sekali tidak dikongsikan atau digunakan pada tujuan tertentu.
Tindakan ini adalah tertakluk di bawah Piawaian Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran (PCIDSS) – yang mana piawaian ini adalah suatu perundangan tahap tertinggi pada peringkat keselamatan pembayaran, dalam industri pembayaran global.
Secara amnya, GrabPay tidak akan melaksanakan sebarang kegiatan yang tidak dibenarkan dalam piawaian tersebut. Maka, pengguna tidak perlu khuatir akan pelaksanaannya, penerapan piawaian ini amat ketat – ia merangkumi fasa penyimpanan data, menghantar data serta memproses data.
Sentiasa Buka Ruang Komunikasi Untuk Pengguna – Melalui Unit Sokongan Pelanggan GrabPay
Grab percaya melalui komunikasi dua hala yang baik, ia tidak sekadar membantu platform memantapkan penawaran ciri yang lebih baik pada GrabPay. Namun ia turut mengeratkan hubungan Grab bersama pengguna, dalam memahami keperluan mereka dari semasa ke semasa.
Adanya perkhidmatan sokongan ruang komunikasi melalui Unit Sokong Khidmat Pelanggan GrabPay ini – ia dapat membantu memberi pendedahan kepada pengguna, bagaimana akan penyelarasan masalah diatasi oleh pihak pengurusan berdasarkan mekanisma tertentu.
Selain itu, ciri ini juga tidak hanya tertumpu kepada sebarang aduan atau pertanyaan – tetapi turut meliputi cadangan dan pandangan pengguna akan ketersediaan GrabPay pada aplikasi. Segala perkongsian akan di ambil perhatian oleh Grab, untuk terus meningkatkan prestasi aplikasi.
Usah Bimbang – GrabPay Patuhi Garis Kewangan Tempatan Dan Bank Negara Malaysia
Sudah pasti, apabila melibatkan penjelasan berhubung pengawal-seliaan – para pengguna akan menjadi lebih terperinci berkaitan isu ini. Namun pengguna GrabPay tidak perlu khuatir atau bimbang akan kredibiliti GrabPay.
Ia sememangnya aplikasi dompet digital yang diperakui dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), iaitu bank pusat negara.
Grab bersama BNM, sentiasa menerapkan matlamat yang sama dalam arena kewangan negara – sejak awal separuh pertama 2018. Perakuan BNM pada aplikasi Grab secara tidak langsung membenarkan lebih ramai pihak menikmati pelbagai faedah penawaran.
Tidak hanya pengguna GrabPay, tetapi turut merangkumi kemudahan aliran perbelanjaan pada sisi ekosistem perniagaan Malaysia. Dengan langkah keselamatan yang tinggi, ia berupaya membantu semua pihak melanjutkan usaha pertumbuhan negara.
Priyanka Madan selaku Ketua GrabPay, Grab Malaysia melihat tindakan mereka dalam memperkasakan ciri keselamatan ini, akan meningkatkan lagi daya pembayaran digital di seluruh Malaysia. Ia selaras dengan matlamat Grab untuk menyediakan sokongan kaedah pembayaran digital lebih selamat, mudah dan lancar.
Kini setelah memantapkan ciri keselamatan mereka – Grab juga menyatakan ketersediaa mereka untuk melebarkan perkongsian bersama penyedia perkhidmatan lain bagi mengintegrasikan segmen PayLater. Untuk makluman pengguna, PayLater Grab menyediakan pilihan pembayaran yang lebih inklusif, seimbang, serta hadir dengan pelbagai ganjaran yang menarik untuk pengguna di Malaysia.
Pada masa yang sama, ia membolehkan warga Malaysia mengurus perbelanjaan mereka tanpa sebarang syak wasangka. Berdasarkan pengamatan, pengguna baharu GrabPay yang berjaya membuat pembelian online di awal kempen Shop Malaysia Online telah meningkat sebanyak 35%, manakala 80% pengguna PayLater kini sedang menggunakan perkhidmatan tersebut sebagai alat kewangan untuk mengatur pembelian.
Melalui penerapan kesemua input ini, ia akan membantu corak aliran perbelanjaan pengguna menjadi lebih baik, dan tidak perlu khuatir akan kualiti keselamatan transaksinya.
Penafian: Advertorial Dari Grab Malaysia