Artikel

China Kekal Selaku Rakan Dagang Terbesar Malaysia – Selama 12 Tahun

Ketidaktentuan kesihatan dan ekonomi, dilihat terus mengukuhkan lagi hubungan perdagangan antara Malaysia-China pada pertumbuhan global dengan nilai dua hala mencecah RM329.77 bilion bagi 2020.

Pencapaian ini sekaligus meletakkan China selaku rakan dagang terbesar negara selama 12 tahun.

Lebih menarik, nilai perdagangan bagi 6 bulan pertama 2021 iaitu Januari sehingga Ogos terus memaparkan lonjakan 35.2% dengan AS$108.28 bilion.

Berdasarkan data awal tahun ini, hubungan dua hala negara dalam segmen pelaburan juga telah berjaya mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan. Ini memberi impak yang baik pada pembangunan peluang pekerjaan negara dan penerokaan pada bidang baharu khususnya industri teknologi.

Malah perkongsian perdagangan ini turut memberi kesan pada aspek kepakaran dan kemahiran.