Artikel

SC Terima Lebih 2,000 Aduan, Pertanyaan – Berkaitan Skim Penipuan Pelaburan

Tatkala pendedahan berhubung platform pelaburan negara semakin tinggi, pastinya terdapat risiko yang perlu didepani masyarakat. Risiko ini meliputi penglibatan skim pelaburan tidak sah iaitu tidak memiliki lesen yang diiktiraf.

Data setakat 30 September 2021, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menyatakan pihaknya menerima aduan dan pertanyaan berhubung skim penipuan pelaburan yang tinggi, malah jumlah aduan itu lebih tinggi berbanding data 2020.

Usaha untuk memerangi kegiatan ini, sekitar 97 laman sesawang telah disekat dan turut SC turut mengarahkan 29 operator terlibat untuk berhenti menawarkan khidmat nasihat pelaburan tanpa lesen. Selain itu, bersama beberapa akaun Facebok dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Melihat pada data ini, SC melihat kepentingan orang awam untuk melengkapkan diri akan pengetahuan dan maklumat yang sahih berhubung pihak pelaburan. Maka semakan terhadap pihak sedemikian harus dilakukan, ini antara medium yang boleh dijadikan rujukan kepada pengguna dalam semakan;

Bank Negara Malaysia (BNM) – ketahui maklumat terkini berhubung penipuan kewangan pada pautan Amaran Scam BNM > klik pada bahagian Tanya Amaran Scam

Suruhanjaya Sekuriti (SC) – layari Senarai Perhatian Pelabur SC, yang memberi makluman berhubung organisasi pelaburan yang tidak dibenarkan