Artikel

Shopee Ingin Melanjutkan Operasi Ke Eropah

Shopee merupakan salah satu syarikat edagang yang sedia popular di rantau Asia Tenggara. Syarikat disebaliknya, SEA kini sedang melihat untuk terus memperluaskan penawaran edagang ke negara-negara lain di seluruh dunia secara berperingkat.

Sebelum ini, Shopee telah diperkatakan sedang dalam persiapan untuk pelancaran di India tidak lama lagi. Selain daripada India, kini Shopee turut sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan penawaran mereka di Eropah.

Mengikut kemaskini terbaru, Shopee telah mulakan promosi di Sepanyol – memberikan petanda yang mana Shopee akan memulakan operasi di negara berkenaan tidak lama lagi. 
Selain itu, Shopee juga telah memperkenalkan perkhidmatan di Poland sebelum ini.

Dengan langkah ini, Shopee dilihat terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena edagang diseluruh dunia. Pada hari ini, Shopee sedia mempunyai pegangan kukuh di rantau Asia Tenggara, selain terus mengukuhkan kedudukan di Amerika Latin.