Artikel

Kadar Pengangguran Malaysia Menurun Kepada 4.6% – Seramai 748,800 Penganggur Dicatatkan

Kedudukan tenaga buruh Malaysia kini memaparkan aliran yang baik pada Ogos 2021, di mana kadar pengangguran negara telah mulai diperlihatkan – di paras 4.6% bersamaan 748,800 penganggur.

Melalui dapatan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kategori pekerja telah meningkat sebanyak 27,9000 individu kepada 11.90 juta individu – setelah sebelum ini mencatatkan penurunan jumlah sejak Jun lalu.

Untuk makluman, aspek peningkatan tenaga buruh dan penurunan pengangguran telah didorong susulan pembukaan ekonomi yang dilakukan, di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Peralihan fasa setiap negeri dan wilayah ini telah membantu ekonomi Malaysia.

Berlandaskan pengamatan, sektor perkhidmatan terus tampil selaku penyumbang kepada perubahan positif dalam segmen makanan dan minuman, borong dan runcit, kesihatan manusia dan kerja sosial.

Begitu juga dengan sektor pembuatan dan pembinaan.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, prestasi yang baik ini akan terus dipacu melalui sokongan kadar vaksinasi yang semakin tinggi ketika ini. Ia akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan ekonomi akan terus pulih pada bulan-bulan mendatang.