Artikel

Rakyat Malaysia Usah Khuatir, Bekalan Ayam Dan Telur Kekal Mencukupi Di Pasaran – KPDNHEP

Ketika Malaysia ke arah pemulihan ekonomi, pembukaan sektor secara berperingkat ini telah mewujudkan potensi peningkatan pada pemintaan barangan mentah. Antaranya merangkumi bekalan ayam dan telur ayam.

Memahami kegusaran itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melaksanakan pemantauan secara berkala dan berdasarkan tinjauan – anggaran pada bulan Oktober ini memaparkan pengeluaran ayam adalah merangkumi 64.9 juta ekor sebulan.

Sementara anggaran pengeluaran telur ayam pula dijangka melebihi 1 bilion telur sebulan. Angka ini secara langsung memberi gambaran – keperluan tersebut mampu menampung permintaan pasaran negara.

Untuk makluman pemeriksaan dan pemantauan secara berkala ini, melibatkan tinjauan untuk mengetahui kedudukan bekalan diseluruh negara – sejak Mei 2020;

  • 20 syarikat pengeluar ayam yang mewakili 1,028 ladang
  • 50 syarikat pengeluar telur ayam yang mewakili 101 ladang
  • 2,711 peruncit terpilih bahagian daerah
  • 1,039 pemborong terpilih bahagian daerah

Langkah semakan ini, secara jelas tidak hanya tertumpu kepada pengeluar, penternak sahaja – namun turut merangkumi peniaga bahagian runcitan. Maka bagi peniaga diingatkan untuk sentiasa bertanggungjawab atas pengedaran bekalan kepada pengguna.

Tindakan melanggar undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1962 dan Akta Kawalan Harga serta Anti Pencatutan 2011 – berpotensi mendorong kepada pengenaan denda tidak lebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun.