Artikel

PERKESO Sedia Bekalan Kit Ujian Kendiri Buat Majikan – Demi Jaminan Kesejahteraan Pekerja

Demi memastikan keselamatan pekerja terus terjamin, agihan bekalan kit ujian kendiri COVID-19 akan dibekalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada para majikan.

Tindakan ini akan dilaksanakan di bawah Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan, di mana setakat ini Perkeso telah menerima 230,000 permohonan daripada majikan berhubung perolehan kit ujian RTK Antigen.

Selain RTK Antigen, pilihan pemberian ujian kendiri turut diberikan kepada pekerja dan majikan. Menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM) usaha  ini dapat memastikan ekosistem ekonomi negara terus dilindungi dari sebarang bentuk penularan baharu.

Adanya tanggungjawab bersama ini akan membantu sistem kesihatan negara.

Seperti yang umum ketahui, selain menekankan keperluan ujian saringan – KSM turut menyatakan kepentingan vaksinasi dalam kalangan pekerja negara. Bagi pekerja yang menolak vaksinasi tanpa alasan kesihatan yang kukuh, pihak ini boleh dikenakan tindakan perundangan, walaupun ketika ini tiada sebarang pengenaan akta khas.

Potensi itu merangkumi di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994. Di mana akta ini berperanan untuk memastikan persekitaran lokasi pekerjaan adalah selamat dan tidak menerima ancaman berhubung kesihatan.

Maka pemahaman semua pekerja berhubung langkah kesihatan ini wajar dilakukan. Untuk sebarang maklumat lanjut pada pembekalan kit ini, smeua pihak boleh merujuk pada pautan laman www.perkeso.gov.my atau hubungi talian 1300-22-8000.