Artikel

Tiada Sebarang Bentuk Cukai Baharu Akan Diterapkan Pada Platform E-Dagang – KKMM

Bagi mengalakkan penyertaan yang lebih tinggi pada arena e-dagang negara, pentadbiran negara tidak akan membentuk sebarang cukai baharu ke atas platform ini.

Kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pada sidang hari ini (7 Oktober) menjelaskan, penetapan dasar percukaian adalah tertakluk di bawah kuasa Kementerian Kewangan (MoF) dan kebiasaannya penerapan cukai baharu hanya akan diumumkan pada sesi pembentangan belanjawan 2022 kelak.

Ekoran situasi semasa telah merancakkan penglibatan orang awam pada ekonomi digital – memperlihatkan terdapat potensi untuk mengenakan cukai baharu.

Bagaimanapun, KKM buat masa ini tidak bercadang untuk mengesyorkan sebarang pembentukan cukai baharu.