Artikel

Kerugian Perbelanjaan Pelancong Malaysia 2021 Dijangka Terus Meningkat – Kepada RM165 Bilion

Sektor pelancongan negara kini menjangkakan anggaran kerugiaan perbelanjaan pelancong akan terus meningkat – sehingga menjangkau angka RM165 bilion, pada tahun ini.

Peningkatan terus melonjak, berbanding kerugian yang di alami pada tahun 2020 iaitu RM135 bilion. Kenaikan ini telah didorong hasil pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 tempoh lalu.

Dalam tempoh 12 bulan, Malaysia mengalami kerugian pada penangguhan operasi perniagaan dan menerima impak pemberhentiaan pekerja.

Maka, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyatakan perancangan mereka untuk membina kerjasama bersama negara ASEAN – bagi meningkatkan ekosistem antarabangsa.

Untuk usaha itu, MOTAC kini memberi gambaran awal bagi menampilkan Pulau Langkawi sebagai destinasi perintis kepada pembukaan sempadan untuk pelancong antarabangsa kelak.

Kejayaan pembukaan kepada pelancong domestik telah meningkatkan aliran pertumbuhan sektor negara. Setakat ini, negara menyasarkan aliran itu akan terus meningkat dengan kehadiran 400,000 pelancong domestik ke Langkawi menjelang Disember ini.