Melalui dapatan separuh pertama 2021, sekitar 97,909 pekerjaan di tawarkan industri digital pada landskap pekerjaan Malaysia.
Penawaran ini disasarkan akan terus meningkat, melalui pengamatan tinjauan Persatuan Teknologi Nasional Malaysia (PIKOM).
Meskipun lonjakan pada arena kerja industri digital diperlihatkan – ia bagaimanapun tidak seiring dengan pertumbuhan gaji pada industri ini. Secara puratanya, pertumbuhan gaji telah menunjukkan aliran penurunan seawal 2019, dan tahun 2020 meningkat 2.2%, tahun 2021 meningkat hanya 0.1% dan tahun 2022 dijangka meningkat semula kepada 2.2%.
Momentum ini jelas tidak seiring dengan peningkatan peluang pada industri digital di negara. Namun untuk meningkatkan daya saing itu, JobStreet pada laporan bersama PIKOM Unjuran Pasaran Pekerjaan Ekonomi dan DigitalĀ – menyatakan keperluan peningkatan kemahiran digital wajar dipergiatkan pemain industri tempatan.
Keperluan itu berupaya menyeimbangkan kadar pertumbuhan gaji ketika ini. Namun tidak hanya arena Malaysia, Thailand juga turut alami kemerosotan pada pertumbuhan gaji dengan 1.21 kali ganda, Singapura 1.98 kali ganda dan Amerika Syarikat (AS) 2.1 kali ganda.
Penyusutan itu didorong atas faktor sekatan dan kekangan operasi ekonomi disebabkan pandemik COVID-19.
Walaubagaimanapun, PIKOM kekal optimis akan pertumbuhan ekonomi digital Malaysia dan menyasarkan sumbangannya akan mencapai 22.4% iaitu RM331.1 bilion kepada KDNK negara.
Melalui pemacuan ini, ia berpotensi melonjakkan kapasiti sektor ekonomi digital negara merangkumi landskap e-dagang, perkhidmatan atas talian dan bahagian perhubungan awam. Seterusnya, ia akan meningkatkan pertumbuhan gaji industri di paras yang lebih tepat dan memadai dengan kemahiran yang diberikan.