Artikel

Tesco Catat Lonjakan Keuntungan Hampir 70% – Bagi Separuh Pertama 2021

Tesco, penyedia barangan runcit terbesar Britain kini perolehi kenaikan pada keuntungan bersih, hampir 70% bagi separuh pertama 2021.

Lonjakan itu mencatatkan jumlah keuntungan selepas cukai pada paras RM4.4 bilion iaitu £781 juta bagi tempoh 6 bulan yang berakhir pada Ogos lalu.

Pengukuhan jualan ketika situasa COVID-19 nyata memaparkan tahap daya tahan Tesco pada arena peruncitan global. Susulan peningkatan pendapatan kepada £30.4 bilion, Tesco akan meningkatkan semula sasaran keuntungan tahunannya dan ini akan mendorong kepada pembelian semula saham pada nilai £500 juta.

Berdasarkan laporan AFP, ia tidak hanya memiliki permintaan yang baik, keuntungan operasi juga turut melonjak 28% dalam tempoh yang sama.

Meskipun, aliran tingkah laku pengguna bagi separuh kedua 2021 masih lagi tidak diketahui – Tesco kekal optimis menjangkakan perkembangan perolehan pada tempoh seterusnya akan terus meningkat.