Artikel

Parlimen Malaysia – Menolak Usul Bahas Kertas Pandora, Pendedahan Berkaitan Fail Kewangan Sulit

Sidang dewan rakyat hari ini (6 Oktober) menolak usul untuk membahaskan isu berkaitan Kertas Pandora atau Pandora Papers. Bagi pengetahuan umum kertas tersebut mewakili pendedahan berhubung fail kewangan sulit yang membabitkan beberapa wakil pemimpin negara.

Menurut Speaker, Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun – penolakan pembahasan itu tidak perlu disegerakan sehingga perlu mengetepikan urusan-urusan yang telah digariskan dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

Tindakan itu harus dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk meneliti cadangan pembahasan tersebut. Ini kerana pentadbiran negara memiliki 9 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen merangkumi bidang ekonomi iaitu Kementerian Kewangan (MoF).

Maka, penelitian usul bahas itu harus dikemukakan kepada jawatankuasa sedemikian.

Untuk makluman, minggu ini dunia didedahkan akan isu Pandora Papers  yang melibatkan rangkuman tunai sehingga mencecah nilai trilion AS dolar. Pendedahan dokumen ini melibatkan penyertaan lebih 600 wartawan dari 150 media di 117 buah negara.

Di mana pada pendedahan tersebut memaparkan penyertaan pelbagai pihak berkepentingan meliputi orang-orang kaya diseluruh dunia, termasuklah pusat kewangan dunia yang diterajui pemimpin Amerika Syarikat (AS) serta beberapa pemimpin Eropah.

Lebih menarik, beberapa wakil pemimpin negara turut tersenarai pada perdebatan isu tersebut.