Artikel

TM Dijangka Raih Keuntungan Melalui Astro – Melibatkan Kandungan Netflix, Disney+Hotstar Dan Fox

Tindakan menyediakan pelbagai kandungan tayangan di bawah Astro Malaysia – dijangka akan memberi kelebihan kepada Telekom Malaysia Berhad (TM), iaitu meraih keuntungan susulan peningkatan permintaan khidmat internet borong.

Pengamatan pada nota penyelidikan AmInvestment Bank ini memaklumkan jangkaan ini dapat berlaku berdasarkan kerjasama TM dengan anak syarikat Astro iaitu MEASAT Broadcast Network System – di mana TM menyediakan penyelesaian infrastruktur meliputi perkhidmatan internet borong dengan jalur lebar berkelajuan kepada Astro.

Penyediaan itu secara langsung mempengaruhi kadar langganan runcit Astro. Untuk makluman, perkhidmatan data borong perlu memenuhi struktur harga akses stardard. Maka Astro perlu meningkatkan kadar langganan untuk menyaingi kedudukan TM.

Secara langsung – melalui tayangan kandungan di bawah Astro ini akan terus memacu permintaan data borong TM dan meningkatkan hasil keuntungan segmen tersebut.