Pemulihan ekosistem perniagaan negara tidak hanya terarah kepada agihan dana untuk pemain industri PKS – tetapi turut merangkumi keyakinan pengguna dan pelabur.
Maka dalam tempoh 3 minggu lagi, pelbagai cadangan wajar dipertimbangkan negara sebelum membentangkan Belanjawan 2022 pada 29 Oktober kelak. Untuk menyokong pemulihan PKS, Persatuan Perusahaan Kecil, Sederhana (SAMENTA) telah menggariskan beberapa perkara, antaranya dari peningkatan perbelanjaan pengguna;
- Cukai Pendapatan Peribadii Tahun Tafsiran 2021 dikecualikan kepada golongan berpendapatan kasar di bawah RM80,000 – langkah ini untuk merangsang kembalik perbelanjaan dalam kalangan M40
- Menurunkan SST kepada 4% – bagi merangsang permintaan pengguna dan mengurangkan kerja tadbir kepada peniaga serta jabatan kastam
- GST diperkenalkan menjelang 2023 – pada kadar 4%
- Pengagihan baucar bernilai RM1,000 selama 5 bulan untuk setiap isi rumah B40 – merangkumi penebusan bekalan makanan di pasar raya dan kedai runcit
Sementara inisiatif untuk perniagaan pula;
- Pelancongan – diberi pengecualian hiburan sehingga akhir tahun 2022
- Peruntukan 30% kuota perolehan kerajaan untuk PKS
- Kerjasama pihak bank pada kemudahan penerimaan – akan memudahkan perolehan bekalan mentah dan bekalan bukan-mentah kalangan peniaga
- Kadar cukai korporat dikurangkan kepada 15% bagi PKS berpendapatan cukai RM500,000 pertama untuk tahun tafsiran 2021 dan 2022 – ini mengelakkan operasi dari ditutup
- Pengecualian levi PSMB – Pembangunan Sumber Manusia Berhad sehingga Jun 2022 – serta mengurangkan kadar kutipan sehingga Jun 2023 pada paras 0.5%. Ini kerana, PSMB memiliki RM1.35 bilion pada levi yang dikekal bagi akhir 2019
Usul sedemikian dilihat memiliki kesaling-hubungannya. Seharusnya pentadbiran meneliti dan mempertimbangkan cadangan ini, dari aspek tanggapan pemain industri. Agihan dana berjumlah kecil dilihat tidak memadai menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Kerajaan seharusnya tampil dengan strategi pembiayaan setelah negara bersetuju membuka ekonomi secara menyeluruh kelak.