Pusat peranginan pelancongan antarabangsa – Pulau Bali kini bakal membuka semula aktiviti mereka kepada pelancong global secara berperingkat, mulai minggu hadapan pada 14 Oktober ini.
Pembukaan ini akan memperlihatkan beberapa kebenaran diberikan kepada negara tertentu seperti Qatar, Emiriah Arab Bersatu, China, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan.
Sudah pasti pembukaan ini hadir bersama kriteria yang ketat – di mana;
- Para pelancong wajib memiliki bukti pengesahan sijil vaksinasi
- Wajib jalani kuarantin selama 8 hari sebelum melakukan perjalanan ke pulau peranginan tersebut
- Perlu memaparkan bukti penempahan hotel di Bali
Tindakan pembukaan ini telah mengalami penangguhan dan penutupan beberapa kali – namun usaha membuka peluang kepada pelancong dunia ini untuk meningkatkan pertumbuhan pelancongan mereka, yang telah terjejas teruk sebelum ini.
Setakat 4 Oktober, angka kes postif baharu yang dicatatkan Indonesia adalah di paras bawah 1,000 kes iaitu 922 kes baharu dicatatkan. Ia adalah rekod terendah sejak Jun.